Thursday, November 26, 2009

Santapan Hati di Aidil Adha

Perbualan Dua Malaikat

Adalah pada suatu musim haji, seorang ulamak yang terkenal dan juga ahli sufi iaitu Hasan Al-Basri pada dalam suatu perjalanan telah berhenti rehat lalu tertidur.

Semasa tertidur, beliau telah bermimpi tentang perbualan dua Malaikat.

Berkatalah Malaikat pertama, “ sungguh ramai sekali orang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.”

Kata Malaikat kedua, “ Yalah, tahun inilah paling ramai sekali orang menunaikan ibadah haji iaitu 700,000 orang. Kata Malaikat yang pertama, “ tahukah kamu berapa orangkah yang mendapat Haji Mabrur?

Kata Malaikat yang kedua, “hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.” Berkata lagi Malaikat yang pertama, “tidak seorang pun dari jemaah tersebut yang mendapat Haji Mabrur.Tahukah kamu mengapakah tidak seorang pun dari jemaah tersebut tidak layak mendapat Haji Mabrur?”

“Tidak, jawab Malaikat yang kedua.”


Lalu Malaikat yang pertama memberitahu, “mereka tidak layak mendapat Haji Mabrur kerana ada yang menunaikan ibadah haji sedangkan kewajipan tanggungannya dalam kekurangan diabaikannya, ada di antara mereka menunaikan ibadah haji sedangkan jirannya yang berada dalam serba kekurangan tidak dihiraukannya, ada pula antara mereka menunaikan ibadah haji untuk kali yang kedua dan ketiga untuk menunjuk-nunjuk sedangkan masih ramai lagi orang lain yang tersangat ingin untuk menunaikan ibadah haji tetapi tidak dipedulikannya. Akan tetapi ada seorang hamba Allah yang bernama Zaid seorang tukang kasut yang tinggal di kota Damsyik yang mendapat pahala Haji Mabrur.”

Tatkala itu Hasan Al-Basri terjaga dari tidurnya dan masih teringat-ingat akan mimpinya. Beliau merasakan mimpinya itu adalah benar belaka lalu mengambil keputusan pergi ke Kota Damsyik untuk mencari Tukang Kasut tersebut.

Setelah berada di Kota Damsyik, maka Hasan Al-Basri telah berjaya bertemu seorang tukang kasut yang bernama Zaid. Beliau tidak tahu bagaimana hendak memulakan soalan dan akhirnya mengambil keputusan menceritakan perihal mimpinya itu.

Lalu berkatalah si Tukang Kasut.

“ Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, saya tersangatlah rindu hendak mengunjungi Kota Mekah. Maka sejak dari itulah saya mula menabung sebahagian dari duit upah sebagai seorang tukang kasut.

Maka pada tahun ini cukup sudah duit tabungan tersebut untuk saya menunaikan fardhu haji. Tetapi pada tahun ini juga isteri saya sedang hamil dan akan melahirkan anak. Isteri saya telah mengidam hendak memakan apa yang dibauinya dan meminta saya mendapatakan untuknya. Maka saya mendapati bau tersebut datangnya hasil masakan dari rumah yang serba kedaifan milik seorang Ibu Tunggal yang menyara enam orang anak.

Maka saya menceritakan hasrat isteri saya mengidam hendak memakan masakannya. Lalu berkatalah Ibu Tunggal tersebut, masakan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu saya berhasrat membelinya walau dengan berapa harga sekali pun. Lalu berkata lagi si Ibu Tunggal tersebut, makanan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu diceritakannya masakan yang baunya semerbak itu adalah bangkai dari seekor keldai. Kami terpaksa memakannya agar kami tidak akan mati kebuluran. Lalu sayadengan berlinangan air mata, saya kembali ke rumah lalu menceritakannya kepada isteri saya.

Setelah mendengarnya isteri saya juga menitiskan air mata dan kami mengambil keputusan memberi kesemua wang simpanan saya itu kepada Ibu Tunggal tersebut.

Itulah apa yang dapat saya beritahu tuan”,

berkata si Tukang Kasut kepada Hasan Al-Basri mengakhiri ceritanya.

Wednesday, September 30, 2009

Tsunami di PULAU SAMOA




Lebih dari 20 orang dikhuatiri terbunuh bila tsunami melanda pulau Samoa selepas satu gempa bumi berukuran 8.3 pada skala richter. Gempa bumi berlaku pada kira-kira jam 6.48 pagi waktu tempatan 35km di bawah dasar laut dan 190km dari pulau tersebut.

Pulau Samoa adalah sebahagian daripada wilayah Amerika yang terletak di antara Hawaii dan New Zealand dengan penduduk berjumlah 65,000 orang.

Friday, September 25, 2009

Bagaimana SOLAT yang diredhai oleh Allah swt?

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: "Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya." (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat `awamul Muslimin' dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan) , dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon `memelihara solat', tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhla
k yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi'raj.

10 Laluan ke Akhirat...

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat


BAGAIMANA MEMUDAHKANNYA? ?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal

d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Manfaatkan Waktu HIDUP


Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengatakan ; Waktu atau zaman yang manusia hidup di dalamnya terbagi dalam tiga bagian: Yang lalu, sekarang dan akan datang. Atau, kemarin, hari ini dan esok.

Dan dalam kaitannya dengan waktu tersebut, manusia berada pada dua sisi; yaitu penyia-nyiaan dan pemborosan terhadap waktu. Dan dari dua sisi itu terbagi tiga golongan besar, yaitu; di antara mereka ada pengabdi masa lalu, pengagum masa kini dan pemuja masa depan.

Gambaran orang yang hidup dengan selalu membangga-banggakan masa lalu adalah mereka yang tidak mau memikirkan hidup pada hari ini dan esok, meskipun sedang dan akan mereka lalui.

Mereka beranggapan bahwa yang lalu selamanya tidak lebih baik dari yang sekarang dan yang sekarang tidak mungkin lebih baik dari yang dahulu.

Saudara yang budiman
Kita memiliki tiga masa dalam hidup ini, yaitu; kemarin, masa yang tidak akan pernah kembali. Hari ini, masa yang sedang kita jalani dan esok adalah masa yang tidak dapat kita ketahui.

Jika hari kemarin hidup kita ternyata telah menyisakan goresan dosa, maka hari ini kita harus segera bertaubat agar terhapus kesalahan dan termaafkan setiap kemaksiatan. Sehingga hari esok tidak mendapat penyesalan. Tetapi jika hari kemarin kita sempat beramal sholeh, hari ini kita bersyukur agar hari esok tidak termasuk orang kufur.

Yahya bin Mu’azd pernah berkata: “Ketertipuan yang paling hebat bagiku adalah terus menerus melakukan dosa, sementara itu terus berharap adanya ampunan tanpa sedikitpun menyesal. Ingin dekat disisi Allah tanpa mau berbuat baik. Menantikan tuaian di surga dengan menabur benih neraka; mendambakan tempat tinggal orang-orang yang taat dengan berbuat maksiat; menunggu ganjaran tanpa beramal; berangan-angan kepada Allah dengan melampaui batas.

Kemudian beliau menambahkan lagi; “Barang siapa menyukai surga, niscaya ia memutuskan diri dari syahwat. Dan barang siapa takut neraka, pasti berpaling dari perbuatan-perbuatan jahat’.

Saturday, September 19, 2009

Salam Eid Mubarak 2009


Besok dah pun raya, tapi still lagi malam raya ni tak macam raya pun.. coz kuih raya pun dah beli, rendang n ketupat dah ada Acik Anun bagi mlm tadi.. erm.. anyway just tengok facebook and if menyempat tengok keje kit . tapi tu laa main2 laa semester ni.. tak tau nak wat camner utk tingkatkan mood nak belajar nih..

I hope azam bulan syawal dan seterusnya lebih commited n sentiasa bertaqwa kepadaNya.

Anyway ramai dah org bagi SMS, ucapan dari facebook (duit raya laa, baju raya laa, kuih raya virtual laa,... hahah) Mmg giler laa facebook really make me addicted to it. Cuma kad raya jer tak de org bagi lagi .. sob2x sedih gak .. coz tu laa yang paling seronok bila dpt, tak tau laa kenapa tp agak yer dah berpuluh2 tahun dapat kad raya bila tak dpt tu sedih gak...

Ok laa especially to my friends (classmate, colleagues, ex-colleagues -cosmopoint-shimano, ex-classmate- uitm jengka-uitm shah alam 2003-2009, ex-practical training-3R corp-Pej.Pendidikan Pontian-Zainal&co., makcik2 cleaner, pakcik2 guard and dll)

To all my bloggerz friends love ya all! muahx - especially :

myalisha(k.ecah), akuyangmenaip(sally), bbmemorylane(bibi), mrsjagindas(sabby@sab), Zarrry (bila ko nk ada blog ni), hazelm2u(hazel).. n all my fellow friends...


ahakz.. forget to add..
My Beloved Fiance (Mohd Elfie Nieshaem) bucuk2, comey2, sayang100000xthrillion times, muakzz.. love you with all my heart n $$$$ wink3.. SALAM EID MUBARAK SAYANG! Love you deeper and deeper and passionately towards you! :-*...



Monday, September 7, 2009

MINUM AIR SELALU

Agak sukar memastikan individu yang berpuasa meminum
lapan gelas air setiap hari, tetapi mereka mestilah berusaha untuk
meminum banyak air ketika sahur dan berbuka

KEDATANGAN bulan Ramadan memang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Masing-masing berlumba-lumba menambah ibadah untuk mendapat keberkatan serta keredaan daripada Allah S.W.T. Kemeriahan untuk berpuasa juga dirasakan oleh golongan yang menghidapi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.

Memang tidak dinafikan ramai antara pesakit masih belum mengetahui cara puasa yang terbaik bagi mereka. Ada yang melahirkan kerisauan dan tidak kurang juga melakukan cara tersendiri yang difikirkan baik untuk diri mereka.

Pakar pemakanan Pusat Perubatan Sime Darby, Nurul Aziah Musa berkata, bagi mereka yang mengalami penyakit buah pinggang kronik, pengambilan makanan berkhasiat harus dititikberatkan.

"Ini kerana pemakanan yang betul akan membantu memperlambatkan proses kegagalan buah pinggang. Selain itu, ia mengurangkan komplikasi lain seperti penyakit berkaitan kardiovaskular. Sehubungan itu, golongan ini dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarangan makanan dan pastikan ia mengandungi kalori, protein, karbohidrat, lemak dan imbangan elektrolit," jelasnya ketika menyampaikan ceramah Pemakanan Pesakit Kronik di forum kesihatan anjuran Fresenius Kabi Malaysia Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut Nurul Aziah, corak pemakanan untuk pesakit buah pinggang kronik sebenarnya bergantung pada tahap penyakit mereka. Tahap tersebut ialah sama ada di peringkat awal, peringkat pra dialisis dan semasa dialisis.

"Pada peringkat awal rawatan, tekanan darah dan kandungan gula dalam darah perlu dikawal. Pada ketika ini, pesakit mesti mengelak daripada memakan beberapa jenis ubat. Yang paling utama mereka perlu mendapatkan panduan pemakanan yang betul dan senaman. Selain itu mereka perlu berjumpa doktor," tambahnya.

Sementara itu, katanya, bagi pesakit yang mengalami tekanan darah tinggi pula, golongan ini mestilah mengambil pemakanan yang sesuai bagi mengurangkan tekanan darah.

"Mereka disarankan mengikuti DASH Diet, iaitu mengambil makanan yang mengandungifiber tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu tanpa lemak.

"Dicadangkan 6 gram sodium klorida atau kurang daripada 2,400 miligram sodium ataupun 1 sudu teh garam sehari harus diambil oleh seseorang individu yang ingin mengurangkan pengambilan garam dalam pemakanannya.

"Pastikan memasak bahan mentah seperti daging ayam, lembu dan ikan yang segar dan elakkan daripada memakan makanan segera yang diproses serta makanan dalam tin. Gunakan herba dan rempah asli dan jika mahukan perasa gunakan yang tanpa garam," jelasnya.

Nurul Aziah berkata, pesakit kencing manis atau diabetes pula sebaiknya mengekalkan pemakanan diabetik demi mengawal kandungan gula dalam badan.

"Ramai pesakit diabetes yang keliru sama ada mereka boleh makan buah atau tidak. Sebaiknya pesakit diabetes mesti mengamalkan pemakanan seimbang dan memasukkan pelbagai jenis buah dalam pemakanan mereka. Tetapi buah mestilah dimakan dengan makanan lain dan bukan buah semata-mata.

"Kadar pengambilan pula ialah tiga hingga lima hidangan setiap hari untuk sayur manakala dua hingga tiga hidangan untuk buah-buahan, " jelasnya.

Menurutnya, pesakit diabetes dalam bulan Ramadan ini jangan meninggalkan sahur dan jangan melambatkan berbuka.

"Paling utama kurangkan pengambilan makanan bergula. Makan buah dengan makanan lain sewaktu sahur dan berbuka. Karbohidrat yang mengandungi fiber tinggi amat digalakkan dalam setiap hidangan.

"Dalam pada itu, pesakit diabetes disarankan mengurangkan makanan bergoreng dan mengandungi lemak. Kurangkan juga makanan yang mengandungi garam tinggi untuk mengurangkan risiko cecair kering di dalam badan," katanya.

Jelasnya, memang agak sukar memastikan individu yang berpuasa meminum lapan gelas air setiap hari, tetapi mereka mestilah berusaha untuk meminum banyak air ketika sahur dan berbuka.

Menurut Nurul Aziah, pesakit diabetes, darah tinggi dan buah pinggang kronik juga boleh melakukan senaman seperti aerobik untuk membakar lemak dan meningkatkan stamina.

Ia boleh dilakukan sebanyak tiga hingga lima kali seminggu selama 20 hingga 40 minit setiap kali senaman.

"Ketiga-tiga penyakit ini memang berkait rapat, jadi adalah lebih baik pesakit yang mengalami salah satu penyakit yang dinyatakan memastikan tahap tekanan darah dan gula dalam darah mereka terkawal bagi mengurangkan risiko komplikasi penyakit lain.

"Cara pemakanan yang betul ketika puasa boleh membantu mempertingkatkan kesihatan anda. Apa yang boleh anda lakukan juga ialah mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyakit yang dialami dan berbincang dengan doktor demi kesihatan anda sendiri," akhirinya.

Sunday, September 6, 2009

LUASNYA NERAKA

LUASNYA NERAKA
Assalamu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah. ...

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!! !


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....



..: Luasnya Neraka :.


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,


maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'


Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'


Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:


'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.


Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan


sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'


Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta

mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..


Untuk renungan dan amalan bersama ..


DOA IKAN NUN
============

'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN

Mood Hari Raya

Dengar la lagu2 raya ni... tak tau laa nak post apa lagi ni .. nak sambung buat keje sekolah pulak .. semoga terhibur! :)

Automatic Created Playlist by www.autoplaylist.com
Make Your Own Mp3 & Video Playlist at www.autoplaylist.com




Thursday, September 3, 2009

Durian Merah???

Subhanallah...

Durian berdaging merah ini merupakan durian liar yang ditemukan di hutan kalimantan.
Sama halnya dengan durian lainnya, durian ini mempunyai kulit berduri dan aroma durian yang sangat khas dan menyengat.
Yang membuatnya berbeza adalah warna dari daging buahnya yang berwarna merah dan kebanyakan durian ini dimakan oleh burung. Dengar2 katanya lebih enak dari Durian biasa tu beb!!

Tengok la gambar dibawah:




Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Merdeka 2009

Bahtera Merdeka

Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayangAlign Center
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa

( korus )
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji

( ulang korus hingga akhir )



Wednesday, August 26, 2009

BERSENAM KETIKA PUASA

*Bersenam semasa berpuasa akan mengurangkan berat badan dengan cepat daripada orang yang bersenam tetapi tidak berpuasa.

PUASA memberi kesan yang baik terhadap keseluruhan sistem badan manusia terutama sistem penghadaman. Secara amnya, berpuasa dapat memberi kesan terhadap sistem tubuh badan, minda serta psikologi dan rohani.

Tubuh badan kita sentiasa terdedah kepada bahaya toksin atau radikal bebas yang menjadi faktor kepada jangkitan penyakit atau kecederaan.

Tabiat pemakanan yang tidak berkhasiat, pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam menjalani kehidupan seharian menyebabkan banyak toksin berkumpul di dalam badan. Justeru itu, dengan berpuasa dapat merehatkan sistem organ dalaman, mengekalkan serta menyeimbangkan sistem hormon, metabolisma dan sistem saraf.

Menurut kajian, dengan berpuasa otak akan mengeluarkan bahan yang berbentuk opioids yang terdiri daripada enkephalins dan endorfin. Bahan kimia ini akan menghasilkan ketenangan sepanjang menjalani ibadah berpuasa. Secara tidak langsung psikologi kita akan lebih tenang dan lebih rasional untuk bertindakbalas terhadap rangsangan yang tidak diingini seperti tidak cepat marah dan lebih bersabar apabila ditimpa musibah.

Senaman dan berpuasa

Adakah senaman selamat untuk diamalkan semasa berpuasa? Persoalan ini selalu bermain di minda kita terutama jika kita seorang yang aktif bersenam atau beriadah. Pengkaji-pengkaji Barat telah membuktikan bahawa aktiviti bersukan, bersenam dan beriadah adalah selamat semasa berpuasa.

Secara asasnya, sistem badan yang terlibat semasa bersenam meliputi sistem jantung, paru-paru dan peredaran darah, sistem otot dan tulang, sistem limfa serta sistem badan yang lain. Bersenam semasa berpuasa boleh meningkatkan fungsi sistem-sistem ini menyingkirkan hasil perkumuhan badan dan toksin yang menjadi faktor berlakunya penyakit keluar daripada badan.

Kajian di dalam Jurnal Aplikasi Fisiologi membuktikan bahawa bersenam sebelum, semasa dan selepas berbuka puasa boleh mengurangkan kehilangan glikogen di dalam sistem otot dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga daripada lemak untuk bersenam. Ini sekali gus dapat mengurangkan kandungan lemak di dalam badan kita dan dapat mengurangkan masalah berat badan.

Kajian di dalam Jurnal Nutrisi juga membuktikan bahawa orang yang bersenam semasa berpuasa akan mengurangkan berat badan dengan cepat daripada orang yang bersenam tetapi tidak berpuasa.

Manakala Dohm dan rakan-rakan (2008), dalam kajiannya membuktikan bahawa kandungan glukos dalam darah dapat dikekalkan walaupun kita bersenam sambil berpuasa. Jadi puasa bukanlah menjadi alasan kita untuk tidak bersenam.

Malah kita juga digalakkan untuk bersenam selepas berbuka puasa seperti melakukan sembahyang Terawih dimana sembahyang juga adalah salah satu bentuk senaman yang baik untuk diamalkan. Jadi janganlah risau anda akan kehilangan tenaga apabila melakukan bersenam kerana sumber tenaga untuk bersenam bukan hanya diperoleh daripada sumber makanan yang kita makan tetapi tenaga juga diperoleh daripada simpanan lemak yang dihasilkan daripada aktiviti penghadaman selama sebelas bulan kita tidak berpuasa.

Kajian juga mengatakan bahawa aktiviti pencernaan makanan memerlukan 14 jam untuk disempurnakan sehingga ke usus besar selepas pengambilan makanan bagi menghasilkan tenaga dan zat-zat yang diperlukan badan untuk berfungsi normal.

Biasanya puasa mengambil masa kurang daripada 14 jam dimana tempoh ini dipanggil tempoh normal badan bagi mengekalkan aktiviti fisiologinya. Ini membuktikan ibadah puasa tidak akan memudaratkan sistem-sistem sedia ada pada badan walaupun semasa berpuasa kecuali jika kita mengalami masalah penyakit-penyakit kronik.

Kajian Karli dan rakan-rakan (2007) di dalam Jurnal Sains Sukan dan Perubatan juga menyatakan bahawa puasa tidak akan memberi kesan negatif terhadap jumlah cecair badan, komposisi badan, kapasiti dan kuasa otot serta metabolisme asid laktik iaitu hasil perkumuhan otot dan penggunaan tenaga selepas senaman di kalangan atlet-atlet yang melakukan senaman rintangan tinggi.

Langkah-langkah berikut perlu diambil jika sekiranya anda ingin bersenam pada bulan puasa:

lKenali keupayaan diri anda sebelum melakukan senaman melalui sejarah perubatan atau penyakit terdahulu.

lDapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi tentang jenis senaman yang sesuai.

lMemikirkan faktor-faktor dalaman atau luaran yang boleh menyebabkan kecederaan seperti kandungan air badan, cuaca atau peralatan sukan yang digunakan.

lMulakan senaman dengan aktiviti memanaskan badan dan melenturkan tisu badan dan otot dan mengakhiri senaman dengan aktiviti menyejukkan badan dalam jangka masa sekurang-kurangnya 5 - 10 minit untuk keseluruhan senaman ini.

lLakukan senaman pilihan anda sama ada senaman untuk menguatkan otot, meningkatkan ketahanan jantung atau paru-paru dengan aerobik atau sukan lain seperti badminton dan sebagainya. Jangkamasa, bebanan atau kekerapan ulangan memainkan peranan penting bagi menentukan intensiti senaman. Mulakan dengan intensiti yang rendah di awal Ramadan dan boleh ditingkatkan 10 -15 peratus senaman setiap minggu mengikut keupayaan dan tujuan anda bersenam.

lAnda tahu keupayaan diri anda, elakkan bersenam jika sekiranya badan anda tidak berupaya melakukan senaman seperti demam, kekurangan cecair badan atau mengalami komplikasi penyakit terdahulu seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.

lPersediaan secara psikologi juga memain kejayaan aktiviti senaman pada bulan puasa ini seperti mengetahui fisiologi badan semasa berpuasa, tenang, minat dan mengetahui tujuan serta aktiviti senaman yang akan dilakukan.

Walaubagaimanapun, anda perlulah mendapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi jika sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau jantung. Dengan bersenam juga dapat meningkatkan fizikal dan rohani anda bagi menghadapi cabaran-cabaran pada bulan Ramadan seperti bertarawih sepanjang malam yang memerlukan ketahanan minda dan kekuatan otot terutama pada bahagian kaki.

Sunday, August 23, 2009

10 Cara Memenangi Hati Ibu Mertua

Salam Fitrah untuk semua pengujung. Hari ini saya akan kongsikan 10 tips atau petua bagaimana memenangi hati ibu mertua.

Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai suami/isteri yang sah. Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar suami/isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri..

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu.
Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

Thursday, August 6, 2009

Info on Zina?

>
> TAJUK : Â ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL...
> Â Â
> BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP
> SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JNG TERUSAN DLM KEJAHILAN.
> Â
> Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
> Â
> Perkahwinan  seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya  memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anakâ€Å“pregnant luar  nikahâ€? cepat cepat  dikahwinkan. .
> Â
> Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .
> Â
> Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Ima m, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di  sini kerana ianya amat penting:
> Â
> Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
> Â
> Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan..
> Â
> Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
> Â
> Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
> Â
> Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
> Â
> Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
> Â
> Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
> Â
> Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
> Â
> Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
> Â
> Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zinakerana pernikahan itu tidak sah
> Â
> Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
> Â
> Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya..
> Â
> Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
> Â
> Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
> Â
> Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
> Â
> Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
> Â
> Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
> Â
> Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
> Â
> Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadiDan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .
> Â
> Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Ima m/ustaz sekiranya perlu. Â Mafhumnya:
> Â
> Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian  alam'.Â
>
>

Sunday, July 26, 2009

Al-fatihah to Yasmin Ahmad

"You may find this hard to believe, but I never ever think about festivals or awards while I'm writing a script or making a film. But given the flak I get back home sometimes, you cannot blame me for feeling at least a little vindicated when foreign festivals like Tokyo seek my permission to celebrate our films.

Allah is indeed great."
-Yasmin Ahmad-


Attribute kepada Yasmin Ahmad, directed by her... ad commmercial yang betul2 wat aku menangis jer tak sudah tengok iklan ni... ada pulak yang similar to the ad dari turkey kot meh tengok laa sama kat bawah ni k.

tapi sebelum tu ... kat blog Arwah aku ada terbaca hint2 dia akan 'pergi' by the followers of the blog.. tengok jer laaa contoh2 jawapan yang diberi pada Arwah :

"
Wow!!Laughing besarnyaaaa...cantik btul poster movie kak min kali ni..but then i always love ur tagline...anyway..awalnya kak min bangun??kat sana masih gelap ni kan??

solat subuh lah, yang. kalau miss rasa risau sepanjang hari.

atikah abd wahid said...

how do you do it, kak yasmin? (may i call you that? hehe) how do you face all this adversity from your own people, and still make films? i never understood why they didn't appreciate you. sure, you don't fit into their comfort zone but isn't that the point? what i am amazed about is how you're still doing films and living in malaysia. if it was me, i'd either quit it altogether or move out where i am more appreciated.

so how DO you do it?

July 12, 2009 9:59 AM

Blogger yasmin said...

that's easy, atikah. i don't do it for them. i do it for allah, for my parents, for the people who DO like my films in whichever part of the world they may be, and i do it for me.

Anuar said...

Kak Min, nak tanya. Jgn marah saya ye. Nak tanya aje. Masa Kak Min arahkan filem, berada di set - ada tak break utk solat? Kak Min solat tak? Dan galakkan anak-anak buah solat tak?

Saya wonder aje. Thanks Kak Min.

July 22, 2009 4:03 PM


yasmin said...

anuar, the answer to that is Yes. we do break for solat. and the reason for our solat break is not because we think we're good or anything, but because we need to seek allah's guidance and thank him for his blessings. we don't force others to solat with us -- they can see what we're doing, and that i think is enough of a reminder.

July 22, 2009 7:29 PM


Bukan Sepet said...

Kat malaysia ni kak min... minta maaf cakaplah...

"Kalau dah mati baru orang nak appreciate."

How's Datuk Yasmin Ahmad sound to you?
Probably nothing... Coz you probably dead by then!

"Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar pada negara. Beliau telah membuka mata kita pada erti sebenar perfileman. Bagaimana seni, penceritaan dan aspek komersil boleh bergabung menjadi satu..."

Yeah... right...

July 15, 2009 3:55 AM

Blogger yasmin said...

saya tak pernah mengejar title. takut riak.

July 15, 2009 4:25 AM


erm... btw just curious with this statement... cam MJ nyer case lak kan .. ada kes pembunuhan...

PETIKAN dibawah ni diambil dari comment blog yasmin ahmad seminggu sebelum yasmin kena 'a sudden stroke'.
Anonymous Anonymous said...

I am a BN person.
But this is just so sick and too disturbing.
There is just too many "sudden death" happening in our detention.

I have always wondered what "sudden death" means?
When one dies suddenly like in a heart attack does it constitute sudden death? How about a car accident victim? Or a person who drops dead from a stroke?

Someone please explain sudden death to me.
And someone please explain what the hell is going on in this country.

Lastly condolences to the Teohs.
And let's hope the police does not classify this case as sudden dead as well.

July 19, 2009 8:46 AM

"





Tuesday, July 21, 2009

"BENDA ITU"




Apakah benda itu ek?

waaaa mlm tadi aku berkeseorangan di ofis sementara menunggu bibi pulang dari kelas. Biasa laa if stay back kat ofis ni sampai 2am pun pernah last2 semester pun, even tido kat situ pun pernah tapi kena ada someone laa temankan. So, nak dijadikan citer malam tadi dah plan nak balik pukul 11pm or 11.30pm ke coz nak surf internet for my research and assignment yang kena buat sebelum jumaat ni.

Call la bibi tanya dia ada kat mana, just to confirm with her about my staying at her place. Dia cakap kat rumah ada Apid so terus balik rumah pun boleh sebenarnya. Tapi aku yang insist nak stay kat ofis tu, tak nak la menyusahkan orang kan. So, after the colleagues (ayu, sri, munni, erwan, nora, arlena) dah balik, aku pun join dorang sekali ke car park Persada Johor untuk amik si bumblee bee tu and park kat bawah college jer.

Then, terus naik atas gi bilik ofis tapi masa tu pak guard takde kat bawah... coz nak cari dia utk informkan yang I'll be there until 11pm or more... so just went up and put my things and turun balik ke bawah coz nak cari pak guard tu semula tengok dia masih xde however the pintu besar dah bermangga dari luar ... apa lagi cuak laa aku dibuatnya... so aku pun buat tak tau jer and amik hp no pakcik tu terus aku call dia dari bilik ofis jer... nasib baik dia jawab dia kata dia kuar jap beli makan. Well, aku tak kisah so terus nak wat keje kat atas.... then suddenly...

.... bila toleh je belah kiri tempat meja my academic head tengok cam gelap jer.. lepas tu lampu tu hidup balik.... erm.. aku rasa something fishie ni .. arghhh tak pe la sambung laa wat keje balik .. tapi at the same time mata mergerling ke arah tempat tadi... YEAHHH kali kedua.... it did padam lagi lampu tu... apa lagi aku pun menggelabah lah... terus jer call pak guard tu dia kat mana .. fuhh nasib baik dia kata dia dah kat bawah tengah makan.. so selamat laa jugak tapi masih lagi dlm gementar lagi.. so aku pun packed all my things .. laptop tu mmg aku tak tutup coz nak bacaan yasin tu berkumandang sampai laa aku ke bawah... fuh...

tapi sebelum nak tutup pintu tu aku sempat lagi nak test tutup lampu depan tu as to aknowledge betul ke lampu tu betul2 switch off.. so aku test one by one switch yang ada kat dinding tu... coz switch lampu ada tiga utk coverkan lampu for the whole office ... so lampu yang it did off sekejap tu is exactly the nearest one to the door...wuu~~~ada something yang t0uch it tapi tak sempat abis dia tutup the switch coz the light did come back after a short while... sooo korang faham2 jer laa yerk...

k chow chin chow .. ada lagi citer hot ttg BENDA ITEWW di PORTDICKSON N9 yang pernah I experience tapi tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... part 2 pulak k

Hancur diet...tapi tak sangat laa





Wah.. arini tak sempat nak niat and sahur pun tak sempat .. tu yang aku amik keputusan untuk bukak puasa ahakz... but i promise tomorow nak puasa mesti... sampai laa the next day!..hhehe janji ikut hari laa baru boleh jalan if ikut bulan cam lama jer..

Tapi makan still lagi kena kawal unless tadi petang terlanjur... hehe beli McD... sorry ek viewers blog.. takleh handle laaa.. Ayam Goreng McD Pedas tu memanggil.. tapi I just ate 1 piece jer the rest nak bagi Arlena tapi dia cam takde tunjuk sign jer nak makan Ayam Goreng itewww...

So for sahur, I nak makan Oats jer laa and minum air 1.5 in 5 shot jer ..huhu.. jom laa kita challenge! If you all nak tau aku ni mmg laa Ratu Air.. ahakz .. dari tadika, sekolah, universiti, and tempat keje.. mmg aku laa org nyer utk di tempatkan air2 yang org lain tak sanggup nak abiskan... huhu... bukan apa mmg laa weather skrg ni membuatkan aku jadi mcm ni... hehe no wonder laa masa kat sekolah dulu ada org gelarkan aku ***** *** haa lu teka laa sendiri kay!

Okay korang laaaa doakan la semoga aku leh kurus cam Jordin Sparks pun jadi laa... nampak tough jugak body cam tu .. tak nak la kurus sgt nnti ada org tu tak suka .. ahakz :) wink3

Monday, July 20, 2009

27 Rejab - PUASA

Hari ni puasa... and this is the kickstart for me to cuba puasa for the next 3 months in a row.. fuhhhh boleh ke ni.. erm.. focus2!

ok laa nnti i update entry nak gi kerja ni .. signing off!

Sunday, July 19, 2009

Warna TV3 di rumah ku?

hehe korang enjoy laa pic tu.. tu laa yang aku nampak once aku balik semalam.. akak aku and abang ipar aku bawak kereta masing2 .. then bila dia blend dgn kereta aku terus jadi PRIME COLOR OF TV3 kat rumah...hehe












1-year Anniversary Engagement

Eceh2 kenangan kami bersama:


Dah setahun dah kami bertunang so ingatkan dia lupa suddenly dia yang ckp aku "S..., u dah lupa eh esok hari apa?" ahaha, rupanya dia ingat .. aku saja je wat tak tau kan ... tapi gift dah bagi cuma tak bagi on the date bagi lagi advance.

So we spent byk laa masa on sunday tu ... malam sebelum tu stay rumah dia tapi lain bilik OK.. hehe borak2 dgn mama dia, her sister umeen, and another sister ezad (baru balik dari Ukrain for her semester holidays) best laa borak2 dgn family dia. But I ni biasa laa dgn org lain tak malu, tp dgn mama dia ni ..asik cam tak kena jer .. nak tolong pun mak dia x bagi, dah laa tu bgn lambat masa pagi tu(aduss memalukan bukannya first time berkali2 camni ..hehe) .. pastu mama dia siap buka lagi comforter yang ada kat atas katil tu gantikan dgn yang baru .. uish malu aku dibuatnyer.. treated like a princess laa... mama dia dah siap masak NASI LEMAK SAMBAL SOTONG fuhhh power tu.. lupa lak nak amik gambar ek! erm... I did give her compliment on the dishes.

Masa malam tu belikan mama dia manggis and rambutan yang ada jual kat belakang pasar sungai way... murah jer 2 kilo lebih sikit baru RM5 and rambutan selonggok RM1 jer... huhu rambutan tu kena makan within 2 days.. if tak nnti dia berair.. coz rambut dia pun dah layu sesikit(uish cam lucah jer statementku itu... )... at least bagi kan something x laa tangan kosong. hehe Papa masa sampai pun baru balik dari mana entah selamba jek pakai seluar pendek bawa kereta. hahaha .. teringat my dad bila dia selalu kat luar repair kereta dgn seluar pendek and baju t-shirt putih pastu ada patch kesan minyak ... ahakz. Papa dia mmg suka manggis, terus je dia capai manggis yang I belikan tadi.

Satu benda yang aku suka sangat dengar dari mulut mama dia is dia ckp "Awin, dah nampak makin kurus? Kenapa sakit ke?" hehe ... wah baru turun 2 kilo dah nampak ek.. erm.. ni kena kuatkan determination nak kuruskan badan ni.. baru best kan. So utk hari isnin and seterusnya aku nak puasa laa sampai 3 bulan until ramadhan .. fuhh. kena kuatkan semangat! chayuk...

So ada laa sikit gambar yang sempat aku rakam for my anniversary gifts ni :



hehe .. hadiah ni dia belikan coz i tak nak teddy bear dia cari laa alternative lain
So yang ni nak letak dalam kereta laa.. baru cute

then ada gelang swarvoski tu.. dia belikan coz dia tengok aku dah ada alergik pakai gelang tangan emas yang celup jer.. so dia belikan gelang tu... tapi not on that day laa a week before our anniversary

ok ... ni laa rangkaian barang yang dia belikan ..yang transformer tu aku suka sgt so dia pun belikan utk aku letak kat tempat letak petrol kereta bumble bee ku itu ooo cuma donut tu jer aku beli sendiri coz nak wat prank kat dia.. well as I knew it he did bite on it... wahaha nakal kan aku!

blurry sikit tapi cantik laaa tone of color ni..





Saturday, July 18, 2009

Mood anda baik?



Mengembalikan mood yang hilang


TIADA siapa di muka bumi ini yang menjalani hidup tanpa sebarang masalah. Cuma bagaimana cara masing-masing menangani dan berhadapan dengan masalah tersebut berbeza antara satu sama lain.

Adakalanya, masalah yang dihadapi memang betul-betul mencabar kesabaran dan berasakan bahawa ia tidak adil untuk diri anda.

Apabila semua itu berlaku, anda pasti tidak mempunyai mood atau semangat untuk meneruskan kerja atau aktiviti harian. Mood tidak baik itu akan dapat dilihat pada ekspresi wajah anda dan tanpa disedari membiarkan mood tersebut menguasai diri seterusnya memberi impak kepada orang lain.

Tahukah anda apabila mood anda tidak baik ia bukan sahaja memburukkan rupa anda malah menurut kajian, ia turut akan merendahkan sistem imunisasi tubuh. Dan apabila sistem imunisasi menurun anda kini lebih terdedah kepada pelbagai penyakit.

Panduan di bawah boleh menaikkan semula mood yang hilang seterusnya membakar semangat untuk hidup dalam suasana yang lebih sihat, ceria dan harmoni.

Ketawa ubat terbaik

Terapi ketawa sebenarnya dizahirkan oleh seorang ahli terapi yang bernama Norman Cousins. Istimewanya, kajian menunjukkan apabila seseorang ketawa, ia menghasilkan imunisasi tubuh dengan tinggi terutamanya sel semula jadi yang melindungi tubuh daripada penyakit kanser.

Apabila seseorang ketawa, otak menghasilkan hormon endorfin yang melengkapkan rasa penuh yakin dalam diri. Dan boleh dikatakan individu yang ceria mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding individu yang hidup dalam tekanan.. Jadi, jika anda 'tak ada mood', pergilah tonton filem komedi atau baca komik kegemaran anda dan ketawa.

Terapi sentuhan

Sentuhan manusia memang menghasilkan pengeluaran hormon seperti endorfin dan DHEA yang memanjangkan usia dan merendahkan kesan tekanan.

Kajian menunjukkan, pesakit yang sering mendapat sentuhan dari orang tersayang lebih cepat sembuh dari perasaan sedih berbanding mereka yang tidak mendapat apa-apa sentuhan dari sesiapa.

Jadi, jika sahabat atau pasangan anda 'tidak ada mood', berikan mereka satu pelukan ikhlas dan secara tidak langsung mood anda berdua juga akan lebih baik.

Jana 'hormon muda' anda

Tidak perlu makan pelbagai jenis pil untuk kelihatan muda. Kajian membuktikan bahawa dengan dengan posisi bertinggung dan kaki menekan ke bawah akan menambah 'hormon muda' anda secara semula jadi. Lakukan posisi tersebut bersama senaman seperti angkat berat, bangkit tubi dan mendayung untuk menceriakan diri.

Tarik nafas dan lepas dengan dalam dan cara yang betul

Cara pernafasan yang betul amat penting untuk mengeluarkan toksin dan kotoran dalam badan anda. Mengikut kajian, dianggarkan bahawa seseorang manusia itu mengeluarkan kira-kira 30 peratus toksin dalam badan menerusi sistem pernafasan. Pernafasan yang betul juga membantu anda melapangkan fikiran, mengembalikan kecergasan dan menaikkan mood. Latih cara pernafasan dengan senaman seperti tai chi, yoga dan senaman lain.

Hidu bauan yang sesuai

Kajian membuktikan bau bauan mempunyai impak ke atas tubuh badan dan fikiran manusia. Apabila anda memberikan stimulasi kepada sistem saraf menerusi hidu bau yang wangi dan segar anda telah mengaktifkan sistem limbik yang ada di otak anda.

Sistem limbik ini amat berkait rapat dengan mood dan ingatan anda. Justeru, jika anda tiada mood, cubalah menghidu bauan aroma terapi seperti bunga jasmin, pohon eucalyptus atau anggur khusus untuk membangkitkan mood anda. Caranya dengan meletakkan sedikit pati minyak aroma terapi tersebut di poin akupuntur atau boleh juga di belakang tengkuk. Cara lain, titikkan minyak aroma terapi di dalam air panas yang dididih kemudian hidu wap tersebut. Pasti berbeza.

Khasiat bunga


Mengikut kajian bunga mampu memberikan keceriaan kepada orang sakit, sebab itulah kita digalakkan membawa bunga ketika melawat orang sakit. Warna bunga yang ceria mempunyai daya untuk mengubah mood kepada yang lebih baik. Dalam satu kajian yang pernah dijalankan, seorang individu yang melakukan tugasan selama lima minit tanpa henti pada kekunci komputernya dan di tepinya pula terdapat jambangan bunga akan lebih rileks berbanding individu yang hanya mempunyai tumbuhan hijau biasa di tepi komputernya.