Thursday, April 23, 2009

TAHLIL BUAT ARWAH SUNARTIE DAN KELUARGA

Hiba rasa dihati mengenangkan rakan seperjuangan kini berada di alam barzakh bersama suami dan anak lelaki tercinta. Masih ingatkah lagi di awinsjclarke.com blog, aku telah menceritakan kisah hidup beliau dan gambar beliau terpampang di muka surat khabar KOSMO!.

Sempena akhir semester kedua ini, kelas aku dari OM771 2A telah membuat lawatan ke Tg. Karang, Selangor dimana Arwah Sunartie disemadikan bersama Arwah Samsul dan Ammar Firdauz beserta sedekah al-fatihah semoga rohnya tenang disana.

Terima kasih kepada MilFadzilah (Mel) kerana dia dan keluarganya sudi membuat kenduri tahlil yang diadakan pada 18 Apr 09 bersamaan Sabtu.

Gambar2 dibawah akan memberitau gambaran sebenar situasi pada hari tersebut:



::Dari kiri : Ammar, Sunartie, Samsul (disemadikan disatu liang lahad)::



::Sunartie sebaya dgn aku kini telah menemui Illahi::


::Kawasan perkuburan di Tg. Karang::

Sementara itu, di rumah Mel ada beberapa gambar yang aku sempat posing tengah mata bengkak dan merah bak saga. Perlihatkan :



::Wajah2 hiba di rumah Mel (Belah kiri tu Mimi sesama team dgn Sue n aku masa sem 1)::




::Dari kiri Sani dan Emil::

::Dari kiri Mel, Kelly & Aween::

::Awin & Kelly::

::Awin & Farah Ahlami::

::Dari belakang Aween, Faiz, Farah::


::Amir sedang khusyuk membaca Yasin::


::Rakan2 sekelas yang sudi meluangkan masa utk ke Tg.Karang (95km dari UiTM)::

Sunday, April 19, 2009

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Erm.. segan gak nak post entry kali ni.. lagi2 topik yang macam kat atas tu. Mmg tak dinafikan aku pun mmg selalu melakukan kesalahan sedemikian apabila keluar bekerja maupun ke pasar or huhaha bersama rakan2. Info selanjutnya sila la baca seterusnya :

Banyak yang menyangka bertudung hanyalah sekadar menutup kepala, Maka sekarang ini berbagai jenis fesyen yang di jual yang menjadi kegilaan remaja dan wanita, kekadang ianya sekadar untuk berfesyen yang lebih tepat sekadar untuk menunjuk2 kerana pakaianya tidak menepati syarak. Sedangkan itu adalah kewajiban sebagai muslimah tak kira tua atau muda untuk menutup aurat bukan sekadar untuk menutup kepala. Saya selalu perhatikan ustazah yang keluar di televisyen yang bertudung tetapi lengkap dengan make up yang tebal, keningnya pun agak nipis. Tudung Ekin misalnya tidak menepati juga kerana masih tidak menutup bahagian dada. Mohon perbetulkan kalau saya tersilap.


Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-


  1. KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber`T-Shirt' berlengan pendek.
  3. KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
  4. KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah `menggoda'.
  5. KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
  6. KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
  9. KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. .kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.


Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya : "Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31) Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut `juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju. Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.



Tuesday, April 14, 2009

RAWAN



Rawan - Azharina

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku
Kau untukku

Wednesday, April 8, 2009

MALAM SETIAUSAHA 2009

MALAM SETIAUSAHA - "IMAGE ENHANCEMENT 4 PROFESSIONAL" - TABLE ETIQUETTE

Pelbagai aktiviti akan dijalankan sempena majlis ini. Antara aktiviti yang bakal diadakan adalah majlis makan malam "table etiquette". Seorang penceramah yang arif dalam bidang perundingan imej, akan menerangkan serba sedikit tentang adab makan yang betul. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa susunan program yang menarik akan diadakan dalam majlis tersebut. Para hadirin yang hadir pasti tidak dapat melupakan pengalaman Majlis E-Kesetiausahaan 2008/09 kali ini.

ATURCARA MAJLIS E-KESETIAUSAHAAN 2009

WAKTU ATURCARA MAJLIS
6:30 PM
  • PENDAFTARAN
7:30 PM
    KEDATANGAN DIF-DIF JEMPUTAN
7:45 PM
  • UCAPAN PEMBUKAAN OLEH EVENT MANAGER
    • SAUDARI KAMARIAH BINTI ABD RAUP
      • BACAAN DOA
    • SAUDARA MOHD. ERWAN MOHD. ZAN
8:15 PM
  • CERAMAH OLEH MYA ZOA IMAGE CONSULTANTS
    • PN. MAIZOM HJ. YAHYA (1st Impression)
    • PN. ZAINURANI HJ. OMAR (Table Etiquette)
9:30 PM
  • MAKAN MALAM
  • PERSEMBAHAN PEMBUKAAN
  • PERSEMBAHAN PELAJAR
  • CABUTAN BERTUAH
  • PERSEMBAHAN NYANYIAN
      • PENYAMPAIAN CENDERAMATA
10:30 PM
  • PERSEMBAHAN PENUTUP
  • SESI BERGAMBAR
11.00 PM
  • MAJLIS BERSURAI

Monday, April 6, 2009

10 Peringatan Bumi

"Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka"

Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Sunday, April 5, 2009

ZARINA & TUPAI

Akhirnya tamat laa sudah zaman bujang si Zarina Abd Razak, my friend! Zarina & tupai . erm.. korang paham2 sendiri la ek!

Terkilan benar rasanaya tak dpt menghadiri majlis kawan aku sorang ni .. lagi2 aku nak sms pun asik failed jer pasal dia off hp kot! ahakz

Anyway Zarina, my buddy.. aku mengucapkan

'SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA JODOH BERPANJANGAN BERSAMA EN.ABE AZIH'



Nanti if ada gambar nya dari kengkawan lain, aku akan insert entri baru.