Thursday, July 22, 2010

Antara kucing dan burung...


lucu, tapi kadang-kadang perkara inilah yang selalu jadi kat kita... perception...





di suatu petang yg nyaman....sedang saya syok2 tidor terasa ada sesuatu melompat atas kepala saya..



kendian, benda tu bergerak ke badan



rasa cam kena patuk kat perut..... takkan kutu kot?



bila toleh.... rupenyer si ijou, burung tecik yg tuan saya baru beli semlm



saya suruh ijou gi main jauh2, saya xmau kawan ngan dia....lagipun saya ngantuk giler ni



tapi dia xmau, and masih patuk2 saya



pastu masih nak naik atas bdn saya, berat gak si ijou ni.



tak lama kendian, saya dengor dia tgh patuk benda lain lak... rupanye mengerjakan hp tuan saya



saya pun jerit "Oi! rosak nanti, tuan marah lah".



dia melawan lak tu



masa saya nak luku kepala dia sedas, tuan saya lalu lak



akibatnye saya dihukum tanpa dipanggil utk membela diri



oh.... di manakah keadilan? bukan saya yg wat tuan~~

Sunday, July 11, 2010

GAZA TERUNGKAI~

Salam,

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)
Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine


Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...
SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.

The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !
Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!

( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )


http://cache.daylife.com/imageserve/09rz5MwaJI43T/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/00PX7Jb5hqa0A/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/05YS5pWdu56nO/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/01jU2Jb4hsbnu/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/002CdzGb6122Q/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/03MYfZGaVCbgN/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0153gFN3Lu68l/610x.jpg



http://cache.daylife.com/imageserve/0aN04NB3pRc61/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/08287YDb219OF/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/053RaGiaWBbjZ/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/08Tyf9H7utgan/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0eBHcblchO31k/610x.jpg

http://cache.daylife..com/imageserve/01ZcgI98Vn8gX/340x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/00sogmBeUJb8x/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/06hw5Ky1i0bwr/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/019A7QR9XJced/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/01f4fbF8pF2WP/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/02AQ72R9Vv556/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0dUxgSJefC3Se/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/048qcQCceg72n/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/00jXefb5zT3HF/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/06OD4pJebga4k/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0b6D6RugLM9A0/340x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0cFd1Wt28l4D2/340x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0gG8f58abwbws/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/07fr3AmgSc4NV/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0b3C8iF4P43Yo/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/02tg56100709G/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0drQda19ej7tb/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0baUcc84KmcXE/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0c8P0rr59x8xq/340x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/03mgfJ71FObTi/610x.jpg


Israel Laknatullah

Bacalah dan Hayati Setiap Baris Kata Cerita Dibawah.....

Memang nampak agak panjang ceritanya, namun klimaks cerita ini hanya
akan diperolehi jika anda habiskan bacaan....


Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik
mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng
kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh
adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari
Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi
pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila
adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju
baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui
denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu
Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar
wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke
telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid
cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.

Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik
pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar
walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama
negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik
cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah.
Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu
adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil
Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun
mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini.

Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang.
Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru
masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat
raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid.
Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat
kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa
yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan
bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik.
Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik
nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran
lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang
mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan.
Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik
takut. Adik pejam mata.

Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid
longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang
dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik
nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid.
Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir
kelopak mata adik.

Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik
geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi
walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah
syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku.
"Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri
dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok
adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke
rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi
cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan
ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah
besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang
peluk dan cium walid.

Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang
pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik
tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil
menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang
adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid
pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk."Adik nak
ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di
pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang
rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun
membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk
diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik
menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang
kerja. Tidak keletah adik dibuatnya.

Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat
seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang
dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik
masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang
tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi
montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya
bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari
mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak
ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik
tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh
menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah.

Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua
benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun
abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah.
Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium
abang berkali-kali.

Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang
tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala
adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" tanya
adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir
senyuman mengakhiri bicara.Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi.
Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang.

Lepas abang pergi ummi cerita macam-macamperkara pada adik. Pasal
Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak
faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam
pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat
yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik.
"Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil.
Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak.

Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh
Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel
yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi
musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak
sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan
tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera
itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram.
Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di
kepala adik peristiwa yang menimpa walid.

Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang
kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan
adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah
berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk
menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya
Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat
yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi.

Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji
dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur.
Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik
mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik
masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah
satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa
lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan
roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya
dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.

"Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut
dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut
rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi
perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum.
"Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika
menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin
bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi.

Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad.
Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak
adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang
Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati
adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang
serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas
ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmanirrahim.." Adik baca
Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan
tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik.

Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran.
Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau
hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi.
Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya
harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik
tidak mahu ponteng baca Al-Quran.

Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi
dilaung-laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati
syahid"muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu,anakmu adalah
salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya
menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan
tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti
mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam
golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama
Israfil.Bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu.
Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut
walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang.

Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik
nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik
cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang
dijanjikan.Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir
setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak
suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri
orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi
munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal
juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik.
Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik
sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan
akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah
adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik
ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik
yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah.

Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik
sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi.
Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu
kalimah keramat..Ahad..Ahad.

Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi.
Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel
mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya.
Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi.
Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba.....

"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik
berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa
sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan
tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut
adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis
semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.

"Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,adik
nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di
cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan
air mata daripada jatuh bercucuran.

Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke
arah adik.

Wassalam.

Dari Abdullah bin 'Amr lah.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."


PEACE NO WAR

Monday, February 15, 2010

ROTA.... HALAL?

Dari email Sat, 9 January, 2010 20:31:24:


Tengok dulu…jangan dok main sapu jer……Pls jgn main taram je beli jajan.. contoh apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atauhenset. refer bila nak beli. Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

1

E

100

16

E

280

31

E

434

46

E

482

2

E

110

17

E

300

32

E

435

47

E

483

3

E

120

18

E

301

33

E

436

48

E

491

4

E

140

19

E

325

34

E

440

49

E

492

5

E

141

20

E

326

35

E

441

50

E

493

6

E

153

21

E

327

36

E

470

51

E

494

7

E

160

22

E

334

37

E

471

52

E

495

8

E

161

23

E

335

38

E

472

53

E

542

9

E

210

24

E

336

39

E

473

54

E

570

10

E

213

25

E

337

40

E

474

55

E

572

11

E

214

26

E

422

41

E

475

56

E

631

12

E

216

27

E

430

42

E

476

57

E

635

13

E

234

28

E

431

43

E

477

58

E

904

14

E

252

29

E

432

44

E

478

59

E

920

15

E

270

30

E

433

45

E

481


Yg jelas nye.....pringles pun ader gak lemak menatang ni...kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu....

Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki...pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah..

Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?

Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama...

Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua...

Jika kita sedar dan prihatin...forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...