Thursday, May 14, 2009

Singapura...

Tengok kat topic je dah tau laa kat mana tu kan... Erm, mmg pergi kat sana hari Khamis lepas dengan Bibi.. (pegh, nasib bawak bibi.. if tak menangis aku sorang gi cari tempat kat spore tu)



Atas dasar melawat pelajar praktical yang memang dah lama keje kat singapore tu, so aku pun tak beria sgt comment bebanyak kat boss dorang. Just a glimpse tengok dorang keje kat mana and that's it. Parimala and Shamini (kedua2 ni adik beradik) tapi sorang keje kat kedai spa and sorang lagi manager kat 7Eleven kat Paragon shopping complex.


Sampai je kat Woodlands dari Kastam Johor, terus kami naik bas kuning (ala2 cam kereta aku jer ..huhu) .. pergh lama gak laa tak naik bas.. rasa cam sakan jer naik bas and gembira sungguh laa.


Pastu sampai jer sana call student suruh beritau jalan setibanya kat Little india. Dia praktikal kat Jothi Traditional Spa (tempat mak sedaranya rupanya).



Pastu dari situ terus naik MRT ke Dhoby Ghout (mula2 aku dengar dah cam nama penyakit GOUT tu.. huhu) rupanya kat situ laa transit utk ke Marina Bay or Kranji (stesen terakhir) if kat area KL tu LRT transit nyer kat Masjid Jamek kan? haaa lebih kurang camtu laa

Then dari Dhoby Ghout tu terus je ke (adus lupa laa) sampai jer ke Orchard Road .. gi singgah Tangs selepas jumpa Shamini kat 7Eleven tu. Apa lagi tershopping lak aku kat TANGS beli barang hantaran yang tahan lama (perfume) heheh... dapat beg sekali dua lak tu .. (hehe bibi ngecek beg tu .. tapi Elfie nak gak beg... huhu takde chance laa bibi.. maybe next time)




Pastu dari Dhoby Ghout ke Clarke Quay (cam nama bapak aku lak).. siap amik gambar pulak tu. Jalan kaki sampai laa ke Merlion (tempat ada singa putih tu), sambil2 nak ke sana tu tersesat laa plak.. tapi nasib baik ada jumpa org sarawak yang keje kat sana then dia ramah sgt sampai siap gi hantar kan kitaorg ke sana.





Punya la jauh dari Clarke Quay tu lebey kurang cam 4km kot.. melecet pun ada sakit lutut pun ada gak.. pasal pakai high heel! Penat Sey...













K laa tapi mmg happy sangat laa dapat gi sana .. terasa nak sangat gi sana lagi.. Jom gi! :)






Tuesday, May 5, 2009

Miss to Puan Azizah aka K.Jijah

Wah.. Tersangat lah gembira aku melihat k.jijah dah menukar statusnya kepada the next level .. mula naik pangkat as Academic head now naik pangkat lak jadi isteri org ... harap pangkat seterusnya jgn ditunggu lama2 kay k.jijah! ahakz...

Aku pergi dengan my mom and cousin aku yang nasib baik dia pun tau2 jugak nak ke arah Masai tu.. tapi dengan pertolongan Nora gak laa aku sampai ke rumah k.jijah tu.. Agak confuse nak ke sana tapi akhirnya kami menjumpai jalan pada pd jam 4pm... agak lewat lah jugak ke rumah k.jijah tapi still tetap meriah dengan kehadiran para tetamu dan juga student2 cosmo yang aku terserempak (wafi and the geng) siap amik gambar lagi dgn camera baru dia tu.

Masuk je rumah k.jijah terus je makan .. lapar la katakan .. huhu yang best tu biskut yogurt yang dibagi utk bawa balik pun aku bedal .. punya la sedap~ bagus tul idea k.jijah bagi biskut utk tetamu so boleh laa makan after mkn something yang oily kan.

Gambar2 Pn.Jijah yang sempat aku snap.. dan paksa berloving2 dgn hubby tercinta :


Malu2.. jijah malu~~ chewah nyanyi lak (What a nice couple)


Mak aku pun join gak gambar ni .. heheh


K.jijah yang berseri2

Aduss apsal aku nampak besar sangat sini..


Mak bertemu Mak.. ahakz

Friday, May 1, 2009

JIN APRIL


Ehem .. mesti tertanya2 kenapa Jin April kan? Well sebenarnya nak ryhme kan dengan "Jin Aprit" ahakz..

Entah laa tak tau naper aku teramat stress sekali bulan ni dengan banyak dugaan yang melimpah2 diberikan dariNya. Tetapi akhirnya dugaan itu 'pay off ' jugak dengan sesuatu yang mengembirakan setibanya akhir bulan April 09.

Meh aku list kan dugaan aku yang telah hadapi sepanjang April ni:

Bermula dengan kesengsaraan menghantar assignment Mosm(Master of Office System Mgmt)
  • 4hb - presentation Dr Raja (5 Level Leadership mgmt)
  • 5hb - submit tajuk research
  • 11hb - Test II (OSM 732) - change mgmt
  • 17hb - terpaksa tunda event aku yang suppose tarikh ni ke 24hb, banyak arrangement kena call semula.
  • 18hb - Test II (OSM 751) - e-commerce , presentation & submit Website
  • 19hb - Test II (OSM 741) - communication
  • 20hb - rusa aku terbengkalai kat prt. selangor kena towing lak tu (nasib baik towing free dari E-kasyaf) bateri baru RM150.. duit aku!
  • 21hb - cari2 kereta terpakai yang aku mmpu utk gantikan rusa aku tu, pastu leh lak aku terus terpaut dengan Hyundai Getz terus je aku booked.
  • 22hb - Kuarkan RM3000 bayar terus kat dealer kereta utk kereta baru tapi lamaku. (JJG 944)
  • 23hb - wallet LV (RM1000, IC, buku bank ASB) mak aku kena curi kat rumah dgn awek cousin lak tu (kurang ajar), mlm tu gak pukul 12mlm gi balai polis buat aduan
  • then sepanjang 1st (april fool) mmg fool pun dan penat .. smpai laa 24th
  • 24hb - monitor progress of PR kelas event 'Image Enhancement for Professional' (siap kena kutuk dgn rakan sekerja, pastu krisis lak dgn parent student yang tak nak gi event, budget mcm tak cukup at first coz d committee ni ada anak org kaya beli barang nak yang mahal2 jer...aduss penat gak laa nak control dorang ni tapi aku kena gak ajar dorang cara yang sebetulnya uruskan event.
  • 25hb - gi Royale Chulan Hotel jadi Usherur for Wedding Reception Zura (anak sedara abg iparku) mcm2 org aku jumpa ada yang Dato' blagak pun ada, Org2 besar yang ramah dan sexy2.. penat wooo


Namun HIKMAHNYA :

  • Disebabkan aku tunda event ni juga aku dapat tengok student2 aku convocation di PWTC, mmg best, aku rasa nak mengalir aku mata tengok dorang dah memegang segulung ijazah.. .uwaaaa rasa baru semalam jer aku mengajar dorang, marah, gelak ketawa bersama. Apa2 pun aku sentiasa mendoakan kejayaan mereka dan berilah keberkatan hidup bagi mereka.
  • Assignment2 ku siap on time, and test agak senang cuma aku tak baca... menyesal! tapi aku harap aku score laa jugak.. at least at the end of semester bulan april kami ada buat bacaan tahlil and gathering yang diredhai olehNya. Siap konvoi ramai sekelas ke tempat yang jauh tapi best! Thanks my classmate! love you all!
  • merasa jugak naik towing car bersama soulmateku berbentuk Van..huhu
  • Mak aku bersedih gak duit hilang tu tapi its turn out to be the next day tu lepas penat2 dpt jugak aku, mom, adikku stay kat Suite Shangri-La hotel yang worth per night RM880++ (we stayed a night and makan mlm kat Royale Chulan worth RM140 per pax.
  • Alhamdulillah, event pada malam tu berjalan dengan lancar jika dibandingkan dengan event dinner 2008 yang pernah aku & yati conduct. Cuma ada sikit jer la complaint dari participant & committee ttg seating laa, makanan tak seperti yang kami rasa masa food testing, & lain2 isu kecil.
  • duitku RM3000 beserta RM5000 tu dah kurang lagi (downpayment utk GETZ) tapi aku sure Allah akan bagi rezeki bertambah lagi, beri aku masa 5 tahun aku akan pastikan bank aku akan jejak RM800,000 insyallah... aku betul2 yakin! (Nak MURANO N HARRIER, BUNGALOW nak gak... aduss kena target harder ni!)
  • Best kereta aku tu, dah laa aku suka sporty kinda look then kuning pearl lagi huhu.. no plate dia JJG 944 rupanya bila aku tengok ada kisah gak 944 = 29/04/09 (RABU) bersamaan 4 J'awal 1430 (no2 9 & 4 ada kata date tu kan)
  • 1 = hanya Dia yang satu, amat bersyukur ke hadrat Illahi!!!
  • 2 = kereta no 2 yang aku sayang & 22hb hatiku terpaut
  • 3 = kereta ketiga under nama aku
  • 0 = bentuk muka aku kot! bulat ahakz
  • 9 = aku lahir september & tahun 2009 & 29 tarikh aku dpt my lovely car tu
  • 4 = bulan april aku decide nk beli kereta
  • 4 = tarikh dalam hari kalendar Islam
  • J = Jaguh
  • J = Jalanan
  • G = Ganaz , Garang, Girang, Gempal, Giloz, Gegar, Guru, Gersang (Gulp!!!)
hehe.. best tak kata erti aku tentang no plate kereta terkini aku.

Gambar2 yang aku nak share mengenai insiden diatas :

::Di PWTC::


::Suasana convocation::

::Pelajar E-Biz buat promotion di registration::




::Bacaan Tahlil untuk Sunartie & keberkatan belajar::

::Awinz Getz Side View::

::Awinz Getz Inside View::


::Awinz Getz Front & Rear View::




::Image Enhancement for Professional committee::

::"The" beefsteak::





::3 wholesome got caught in action... ahakz::


::My 2 lovely elder & lil sis::

Thursday, April 23, 2009

TAHLIL BUAT ARWAH SUNARTIE DAN KELUARGA

Hiba rasa dihati mengenangkan rakan seperjuangan kini berada di alam barzakh bersama suami dan anak lelaki tercinta. Masih ingatkah lagi di awinsjclarke.com blog, aku telah menceritakan kisah hidup beliau dan gambar beliau terpampang di muka surat khabar KOSMO!.

Sempena akhir semester kedua ini, kelas aku dari OM771 2A telah membuat lawatan ke Tg. Karang, Selangor dimana Arwah Sunartie disemadikan bersama Arwah Samsul dan Ammar Firdauz beserta sedekah al-fatihah semoga rohnya tenang disana.

Terima kasih kepada MilFadzilah (Mel) kerana dia dan keluarganya sudi membuat kenduri tahlil yang diadakan pada 18 Apr 09 bersamaan Sabtu.

Gambar2 dibawah akan memberitau gambaran sebenar situasi pada hari tersebut:



::Dari kiri : Ammar, Sunartie, Samsul (disemadikan disatu liang lahad)::



::Sunartie sebaya dgn aku kini telah menemui Illahi::


::Kawasan perkuburan di Tg. Karang::

Sementara itu, di rumah Mel ada beberapa gambar yang aku sempat posing tengah mata bengkak dan merah bak saga. Perlihatkan :



::Wajah2 hiba di rumah Mel (Belah kiri tu Mimi sesama team dgn Sue n aku masa sem 1)::




::Dari kiri Sani dan Emil::

::Dari kiri Mel, Kelly & Aween::

::Awin & Kelly::

::Awin & Farah Ahlami::

::Dari belakang Aween, Faiz, Farah::


::Amir sedang khusyuk membaca Yasin::


::Rakan2 sekelas yang sudi meluangkan masa utk ke Tg.Karang (95km dari UiTM)::