Showing posts with label bumi. Show all posts
Showing posts with label bumi. Show all posts

Monday, April 6, 2009

10 Peringatan Bumi

"Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka"

Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Friday, March 27, 2009

Jam Dunia a.k.a Earth Hour

Tolong laa korang sejuk kan sikit dunia kita yang kian panas and penuh dengan CFC ni ... dengan korang menutup lampu and barang2 elektrik yang lain untuk satu jam sahaja maka sudah cukup untuk menandakan sokongan korang terhadap program "bumiku hijau".

So kenapa tidak klik jer web address dibawah utk mendaftarkan diri anda sebagai masyarakat yang prihatin terhadap DUNIA!

http://www.earthhour.org/home/

SAYA TELAH MENDAFTARKAN DIRI ---> INGIN KAN BUKTI :


Thank you! Your registration to Earth Hour 2009 is now complete.
Be sure to look around the site and check out our social networking pages for all the latest Earth Hour updates.

Thank you for supporting Earth Hour.