Sunday, April 19, 2009

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Erm.. segan gak nak post entry kali ni.. lagi2 topik yang macam kat atas tu. Mmg tak dinafikan aku pun mmg selalu melakukan kesalahan sedemikian apabila keluar bekerja maupun ke pasar or huhaha bersama rakan2. Info selanjutnya sila la baca seterusnya :

Banyak yang menyangka bertudung hanyalah sekadar menutup kepala, Maka sekarang ini berbagai jenis fesyen yang di jual yang menjadi kegilaan remaja dan wanita, kekadang ianya sekadar untuk berfesyen yang lebih tepat sekadar untuk menunjuk2 kerana pakaianya tidak menepati syarak. Sedangkan itu adalah kewajiban sebagai muslimah tak kira tua atau muda untuk menutup aurat bukan sekadar untuk menutup kepala. Saya selalu perhatikan ustazah yang keluar di televisyen yang bertudung tetapi lengkap dengan make up yang tebal, keningnya pun agak nipis. Tudung Ekin misalnya tidak menepati juga kerana masih tidak menutup bahagian dada. Mohon perbetulkan kalau saya tersilap.


Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-


  1. KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber`T-Shirt' berlengan pendek.
  3. KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
  4. KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah `menggoda'.
  5. KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
  6. KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
  9. KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. .kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.


Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya : "Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31) Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut `juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju. Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.



No comments: