Thursday, March 19, 2009

Kematian Chui


Sangat3x dirasai.....

Kucing yang bernama Chui (sempena cerita latin tv3.. mak aku yg letak nama tu)
telah mati pada petang tadi setelah dibawa ke klinik haiwan (of course laa kerajaan) mana ada kat pontian ni swasta!

Minggu lepas ada dua kucing betina aku ni dah nak menggatai dgn kucing jantan di belakang rumah, so kami memilih utk meng'kazi'kan dorang so xlah dorang mengandung dan akan mempunyai banyak lagi anak2 kucing plus bonus tahi2 kering dan basah yang bergelimpangan dimana2 dlm dan luar rumah atau sewaktu dgnnya.

Mmg asalnya dah plan nak ke KL, tapi bila bawa akak aku ckp si Emie and Chui ni still kecik lagi .. so kena laa aku bawa balik dr kl ke pontian.
So nak dijadikan cerita, lepas kena kazi kat klinik haiwan berkenaan kucing2 aku tu pun tak dijaga rapi disana malah disuruh letak di rumah dan kami saje yg rawat dorang.

Tapi tau kan mana laa ada masa 24hours nak jaga, so sedar x sedar jahitan dorang ni terbuka coz dorang jilat sampai berlubang.. gatal sgt agak nyer bekas operate tu!
So bila tengok dah berlubang tu ... aku ckp dgn mak aku suh hantar semula re'jahit that hole.......

so semlm mak aku pun pegi then the doctor takde cuma ada nurse'lelaki jer situ ... tapi dia kata dia leh buat, so si emie dia bius sekali and terus jahit tapi si CHUI ni jenis aktif sikit' time dia jantan tu nak jahit CHUI gerak3 so dia kata nak kena inject lagi ni biar tahan sakit.

SEKALI BILA SAMPAI RUMAH... si CHUI tak sedarkan diri sampai laa badan dia KERAS n KEJUNG...

so habis la jangka hayat si CHUI..... skrang ni EMIE yang masih lagi bertahan dan juga sudah menunjukkan tanda2 ingin mengikut jejak langkah CHUI. Sedih... sedih... sedih.... tak leh buat keje rasanya mlm ni ..

tapi aku gagahkan jugak siapkan keje aku yg masih lagi tertangguh untuk paper ahad ni.

Sebagai pengajaran, JANGAN SEKALI2 MERAWAT KUCING ANDA DI KLINIK HAIWAN KERAJAAN.. BIARLAA KITA BOYCOTT MEREKA.. BIAR TUTUP KLINIK HAIWAN DAN SEMUA KAKITANGAN MEREKA TERPAKSA BERPINDAH KAWASAN YANG LEBIH 'STRICT' KAWALAN DAN MENGURANGKAN MEREKA TERIMA GAJI BUTA DAN MENGURANGKAN DOSA KERANA TELAH MEMBUNUH BINATANG.

P.S termasuk CHUI dah 7 kucing aku yang lain arwah kerana sebab dari kecuaian mereka.. bukan aku menolak qada' dan qadar dari Allah tetapi semua tu boleh diubah dgn cara yang kurang kejam dan munasabah!

sekian wasallam

Pembela Kucing & Anjing & dll haiwan (kecuali tikus and serangga perosak)



CHUI

1 comment:

awinsjclarke said...

ye ker kak ecah tak leh nak comment .. nnti awin try dulu comment leh tak?